Tuesday, April 30, 2013

HATI ADALAH RAJA








Hati adalah raja, seluruh anggota yang lain adalah rakyatnya yang akan mengikut
arahan dan perintah hati tersebut... Jika baik hati maka baiklah seluruh badan, jika
rosak maka rosaklah seluruhnya... Hati inilah yang merupakan akhlak batin dan
bukan ketulan darah yang kita lihat itu.. Ketulan darah tersebut hanyalah sebahagian
dari jasad yang ternampak oleh mata kasar....

Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa hati adalah seperti raja,, sedangkan anggota-
anggota yang lain sebagai tenteranya.. Semua anggota - anggota ini akan taat dan
patuh terhadap perintah raja.. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasullullah s.a.w.
bahawa pada diri manusia itu ada sekeping darah ( hati ) jika baik ia baiklah seluruh
badan dan jika rosak, maka rosaklah seluruh badan, ianya tidak lain dari hati...

Berhubung dengan hati yang perlu dibersihkan dididik, ditazkiah digilap dan dijaga
ini bukanlah hakikatnya seketul darah sahaja tetapi lebih jauh dari itu, iaitu hati
batin dan rohani seseorang yang dilambangkan oleh seketul darah tadi.. Jika kita
meneliti peranan hati di dalam pencapaian dan peningkatan rohani seseorang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah ternyata ianya adalah penting malahan
menjadi asas kepada keimanan dan keislaman , di antara lain Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud :

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak 
tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah s.w.t. 
dengan hati yang selamat sejahtera ( dari syirik dan 
nifaq ). " ( Al-syua'ra: A:88-89 )

Apabila hati berpenyakit akibat tidak ditarbiyah dan ditazkiah, maka akan wujudlah
sifat kesesatan, kekufuran dan penolakan terhadap kebenaran, hidayah, Isalam, Iman
Ihsan dan al-Quran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Mereka orang yang ada mata hati dengannya mereka
dapat memahami atau telinga dengannya mereka 
mendapat mendengar?? Sebenarnya bukan mata mereka 
yang buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada
di dalam dada. " ( Al-Haj A:46 ) .........




Buku Tulisan IBNU ZAKIRIN

Assalammualaikum,
Buku keluaran Ibnu Zakirin kini terdapat dipasaran. Terdapat pelbagai jenis tajuk untuk direnung dan diamati. Untuk sebarang pembelian boleh hubungi :

Ustaz Zakaria Talib = +6019-2865129 atau ejen :+60194087418Saiz buku A5 (A4 lipat dua), Kulit berwarna, kandungan hitam putih.

* Harga tidak termasuk dengan kos penghantaran
* Berminat untuk menjadi ejen sila hubungi Ustaz
* Diskaun akan diberikan pada pembelian yang melebihi 5 buah buku / Pelajar sekolah rendah..


Monday, April 29, 2013

GAMBAR HEADER

Saya nk kongsi kan gambar freebies untuk header :





                                                                                                   
Gunalah untuk header korang tu,, semoga gambar ni dapat digunakan oleh korang.....

Sunday, April 28, 2013

MEROKOK PUNCA PENAGIHAN DADAH DAN AIDS

                                                        ( SEKADAR GAMBAR HIASAN)

                                                        (SEKADAR GAMBAR HIASAN)



Mengikut kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Fakulti
Sains Kemasyarakatan dan Kemanisiaan UKM yang telah
mensasarkan kajian pada sekumpulan 884 pelatih pusat serenti
di seluruh negara dan hasilnya menunjukkan   99  % daripada
mereka bermula sebagai perokok sebelum terjebak dalam dadah.
Malah sesetegahnya merokok seawal usia 12 hingga 13 tahun..

Ini menunjukkan hubungan tabiat merokok mempunyai
kecenderungan untuk mengambil dadah dan seterusnya terdedah
kepada Aids..

Begitu juga kebanyakan pelajar yang bermasalah terdiri daripada
pelajar yang merokok.. Apabila pelajar terlibat dengan tabiat
merokok,, sudah pasti mereka memerlukan wang untuk membeli
rokok.. Di manakah punca mereka boleh mendapatkan wang??
Jalan mudah bagi mereka memperolehi wang adalah mengugut
pe;ajar yang lemah untuk mendapatkannya.. Mereka juga
berkemungkinan besar akan mula terlibat dengan penipuan dan
mencuri wang ibu bapa atau rakan mereka.. dari sini lah
berlakunya gejala samseng...

Penampilan pelajar yang merokok akan berubah sedikit demi
sedikit ibarat rumput yang diracun dengan rondap ( mati
perlahan - lahan ).. Mereka yang menutup aurat pada peringkat
awalnya akan mula membuka aurat.. Pakaian mereka tidak ubah
seperti sarung nangka dan kadang - kadang menggelebeh... Jalan
mereka seperti singa tempang dan kelakuan mereka tidak ubah
seperti monyet kena belacan... Nilai atau sifat malu mereka sudah
semakin kurang.. Mereka akan melakukan apa sahaja menurut naluri
dan bisikan iblis..

FAKTOR REMAJA MEROKOK

1. Pengaruh iklan...

2. Dari segi psikologi :
    A. Kebanyakan remaja merokok kerana ingin mengetahui
         sendiri pengalaman merokok...
    B. Ingin membuktikan diri sudah dewasa ( Merokok
        melambangkan kedewasaan)..
    C. Kurang daya tahan yang akhirnya menyebabkan
         mereka ketagihanan..

3. Faktor sosial pula menyenaraikan : 
    A. Pengaruh dari ajakan kawan..
    B. Desakan rakan sebaya..
    C. Menyahut cabaran rakan..
    D. Mencontohi anggota keluarga..
    E. Mencontohi idolanya..

Kebanyakan para remaja tidak menyedari bahawa rokok adalah satu
bentuk dadah permulaan sebelum beralih kepada dadah yang lebih berat
seperti kokain dan marijuana...

Lebih awal seseorang itu merokok lebih mudah dia menjadi ketagih.
kira-kira 70% remaja yang ketagih merokok bermula dengan
menghisap antara sebatang hingga lima batang sehari.. Apabila
merokok lebih 100 batang sepanjang zaman remajanya,, dia akan
mengalami ketagihan dan sukar untuk berhenti..

Menurut Dr Salaehudin Abu Bakar, sekiranya ketagihan itu
disebabkan faktor fizikal, kemungkinan untuk berhenti merokok
lebih tinggi berbanding  faktor psikologi ataupun tabiat yang mungkin
mengambil masya yang agak lama. Mereka memerlukan masa kira-kira 
tiga bulan sekiranya pesakit mempunyai kekuatan dan dorongan untuk
berhenti merokok...

Menurut beliau lagi, sekolah campuran lebih bermasalah berbanding
sekolah yang hanya lelaki atau perempuan.. Jumlah pelajar perempuan 
yang merokok dari sekolahcampur adalah lebih tinggi.. Ia mungkin 
disebabkan sikap ingin menunjuk-nunjuk dan juga mereka mudah 
memperolehi rokok melalui rakan-rakan lelaki....

Friday, April 26, 2013

TIDAK HADIR JUMAAT

Orang lelaki yang tiada keuzuran untuk mendirikan solat Jumaat, hukumnya haram meninggalkannya walaupun hanya sekali... Kerana hukum mendirikan solat Jumaat pada setiap individu adalah fardhu 'ain dengan 'ijma . Maka barangsiapa menghalalkan meninggalkannya, kufurlah ia.. Maka wajiblah pihak berkuasa mengambil tindakan.. Jika ia tetap ingkar maka boleh disabitkan bunuh pada qaul yang paling sohih.. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan dari Abil Ja'di yang bermaksud :
"Barang siapa meninggalkan tiga kali solat jumaat dengan sengaja (tanpa uzur), maka dicap hatinya oleh Allah s.w.t."  (H.Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.)

Dicap hatinya bermaksud bahawa ia merupakan seorang yang dimurkai oleh Allah s.w.t. dan buruk kesudahannya. Tiada jalan keluar dari murka Allah ini melainkan bertaubat dan mengerjakan solat jumaat..
Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Usama bin Zaid bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat tanpa sesuatu keuzuran, ditulislah ia daripada golongan orang-orang munafik..
"(H.Riwayat Attabarani

Munafik ialah mereka Islam pda zahirnya tetapi pada hatinya termasuk dari golongan yang mengingkari Islam.. Di Akhirat Allah masukkannya dalam neraka yang paling bawah   ( paling panas ). Di dalam Kitab Hasyatul Bajury Juz 1 halaman 213 sebagai berikut : "Dan sesungguhnya telah datang hadis, bahawa orang yang kepergian pada hari jumaat, berdoalah kedua malaikat semoga tidak diselamatkan Allah dari perjalananya." Dari jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa ia mendengar Rasullullah s.a.w. berkhutbah yang bermaksud : "..... oleh itu sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dalam masa aku hidup atau sesudah wafat, sama ada ia dalam pemerintahan yang adil atau zalim dan ia meninggalkan solat jumaat bukan kerana keuzuran syar'ie tetapi kerana malas atau mengingkarinya, maka orang yang demikian semoga hidupnya porak peranda dan tidak diberi berkat pada segala urusannya. Ketahuilah orang itu juga tidak diterima solatnya, zakatnya, hajinya, puasanya dan apa-apa jua perbuatan kebajikan  sehingga ia bertaubat. Kerana sesiapa yang bertaubat dengan bersungguh - sungguh, maka Allah menerima taubatnya......." ( Hadis riwayat Ibnu Majah......

RUJUK MUSTIKA HADIS MUKA SURAT 314....

CIRI-CIRI REMAJA MEROKOK

PRESTASI SEKOLAH


i.  Sering pontang sekolah..
ii. Sering gagal menyiapkan kerja sekolah..
iii. Sering bergerak secara berkumpulan..
iv. Jarang membabitkan diri dalam aktiviti sekolah..
v. Prestasi akademik lemah..
vi. sering terbabit dengan vandalisma..


AKTIVITI LUAR SEKOLAH


i. Sering melepak secara berkumpulan..
ii. Melakukan vandalisma..
iii. Melakukan jenayah kecil..


PENAMPILAN DIRI


i. Sentiasa kelihatan comot dan selekeh..
ii. Nafas bebau rokok..
iii. Rambut berbau rokok..
iv. Pakaian berbau rokok..
v. Warna kekuningan pada gigi..
vi. Bibir kering dan lebam..
vii. Sering batuk-batuk


LATAR BELAKANG KELUARGA


i. Keluarga bermasalah..
ii. Ibubapa berpendidikan rendah...
iii. Tinggal di kawasan setinggan atau rumah awam kos rendah
     seperti rumah pangsa dua bilik..
iv. Ibubapa atau keluarga tua di rumah merokok..
v. Ibubapa sering sibuk..
vi. Ibubapa kurang mengambil tahu perihal anak..
vii. Jarang berkumpul atau melakukan sesuatu bersama..

Kesan Rokok Kepada Yang Tidak Merokok

Kemudaratan rokok bukan sahaja pada si perokok, tetapi ia turut memudaratkan pada orang lain yang idak merokok...

Menurut analisa yang dilakukan oleh Dr. Aj Wells dari pertubuhan Paru-Paru Amerika " Mereka yang tidak merokok juga akan menghadapi risiko yang tinggi untuk menghidapi lain-lain jenis kanser seperti kanser sinus dan hidung, kanser otak, penyakit jantung, bronkitis dan emphysema yang berterusan...

selain itu beliau juga menyatakan fakta-fakta yang ditemui melalui kajiannya:-

A.Wanita yang tidak merokok , apabila berkahwin dengan perokok adalah tiga kali ganda terdedah kepada serangan jantung daripada mereka yang berkahwin dengan lelaki yang tidak merokok...

B. Risiko bayi kecil menghidap penyakit paru-paru bronkitis atau pneumonia dalam tahun pertama kehidupannya adalah sekali ganda apabila ibubapanya merokok...

C. Satu kajian mendapati sejumlah besar nikotin di dalam badan kanak-kanak di jepun terdiri dari kalangan keluarga yang tidak merokok .. Ini adalah disebabkan kanak-kanak tersebut tersedut asap daripada pelawat-pelawat yang mengungjungi rumah mereka atau di tempat awam yang dipenuhi dengan asap rokok...

D. Keupayaan membaca pada kanak-kanak yang berusia tujuh tahun yang ibubapanya merokok, mundur enam bulan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang ibubapanya tidak merokok.....