Orang lelaki yang tiada keuzuran untuk mendirikan solat Jumaat, hukumnya haram meninggalkannya walaupun hanya sekali... Kerana hukum mendirikan solat Jumaat pada setiap individu adalah fardhu 'ain dengan 'ijma . Maka barangsiapa menghalalkan meninggalkannya, kufurlah ia.. Maka wajiblah pihak berkuasa mengambil tindakan.. Jika ia tetap ingkar maka boleh disabitkan bunuh pada qaul yang paling sohih.. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan dari Abil Ja'di yang bermaksud :
"Barang siapa meninggalkan tiga kali solat jumaat dengan sengaja (tanpa uzur), maka dicap hatinya oleh Allah s.w.t." (H.Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.)
Dicap hatinya bermaksud bahawa ia merupakan seorang yang dimurkai oleh Allah s.w.t. dan buruk kesudahannya. Tiada jalan keluar dari murka Allah ini melainkan bertaubat dan mengerjakan solat jumaat..
Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Usama bin Zaid bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat tanpa sesuatu keuzuran, ditulislah ia daripada golongan orang-orang munafik..
"(H.Riwayat Attabarani
Munafik ialah mereka Islam pda zahirnya tetapi pada hatinya termasuk dari golongan yang mengingkari Islam.. Di Akhirat Allah masukkannya dalam neraka yang paling bawah ( paling panas ). Di dalam Kitab Hasyatul Bajury Juz 1 halaman 213 sebagai berikut : "Dan sesungguhnya telah datang hadis, bahawa orang yang kepergian pada hari jumaat, berdoalah kedua malaikat semoga tidak diselamatkan Allah dari perjalananya." Dari jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa ia mendengar Rasullullah s.a.w. berkhutbah yang bermaksud : "..... oleh itu sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dalam masa aku hidup atau sesudah wafat, sama ada ia dalam pemerintahan yang adil atau zalim dan ia meninggalkan solat jumaat bukan kerana keuzuran syar'ie tetapi kerana malas atau mengingkarinya, maka orang yang demikian semoga hidupnya porak peranda dan tidak diberi berkat pada segala urusannya. Ketahuilah orang itu juga tidak diterima solatnya, zakatnya, hajinya, puasanya dan apa-apa jua perbuatan kebajikan sehingga ia bertaubat. Kerana sesiapa yang bertaubat dengan bersungguh - sungguh, maka Allah menerima taubatnya......." ( Hadis riwayat Ibnu Majah......
RUJUK MUSTIKA HADIS MUKA SURAT 314....
Post a Comment
No comments :
Post a Comment