Tuesday, April 30, 2013

HATI ADALAH RAJA








Hati adalah raja, seluruh anggota yang lain adalah rakyatnya yang akan mengikut
arahan dan perintah hati tersebut... Jika baik hati maka baiklah seluruh badan, jika
rosak maka rosaklah seluruhnya... Hati inilah yang merupakan akhlak batin dan
bukan ketulan darah yang kita lihat itu.. Ketulan darah tersebut hanyalah sebahagian
dari jasad yang ternampak oleh mata kasar....

Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa hati adalah seperti raja,, sedangkan anggota-
anggota yang lain sebagai tenteranya.. Semua anggota - anggota ini akan taat dan
patuh terhadap perintah raja.. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasullullah s.a.w.
bahawa pada diri manusia itu ada sekeping darah ( hati ) jika baik ia baiklah seluruh
badan dan jika rosak, maka rosaklah seluruh badan, ianya tidak lain dari hati...

Berhubung dengan hati yang perlu dibersihkan dididik, ditazkiah digilap dan dijaga
ini bukanlah hakikatnya seketul darah sahaja tetapi lebih jauh dari itu, iaitu hati
batin dan rohani seseorang yang dilambangkan oleh seketul darah tadi.. Jika kita
meneliti peranan hati di dalam pencapaian dan peningkatan rohani seseorang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah ternyata ianya adalah penting malahan
menjadi asas kepada keimanan dan keislaman , di antara lain Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud :

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak 
tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah s.w.t. 
dengan hati yang selamat sejahtera ( dari syirik dan 
nifaq ). " ( Al-syua'ra: A:88-89 )

Apabila hati berpenyakit akibat tidak ditarbiyah dan ditazkiah, maka akan wujudlah
sifat kesesatan, kekufuran dan penolakan terhadap kebenaran, hidayah, Isalam, Iman
Ihsan dan al-Quran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Mereka orang yang ada mata hati dengannya mereka
dapat memahami atau telinga dengannya mereka 
mendapat mendengar?? Sebenarnya bukan mata mereka 
yang buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada
di dalam dada. " ( Al-Haj A:46 ) .........




Buku Tulisan IBNU ZAKIRIN

Assalammualaikum,
Buku keluaran Ibnu Zakirin kini terdapat dipasaran. Terdapat pelbagai jenis tajuk untuk direnung dan diamati. Untuk sebarang pembelian boleh hubungi :

Ustaz Zakaria Talib = +6019-2865129 atau ejen :+60194087418Saiz buku A5 (A4 lipat dua), Kulit berwarna, kandungan hitam putih.

* Harga tidak termasuk dengan kos penghantaran
* Berminat untuk menjadi ejen sila hubungi Ustaz
* Diskaun akan diberikan pada pembelian yang melebihi 5 buah buku / Pelajar sekolah rendah..


2 comments :